Headlines

Sejarah Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, June 4, 2022 | Posted in , , ,


SEJARAH PENUBUHAN KMKJ
Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim
Assalamualaikum WBT
Pada siri kali ini, kami ingin memperkenalkan kepada kalian sejarah penubuhan KMKJ yang telah lama ditubuhkan sejak tahun 1995M bersamaan 1416H dan masih bergiat aktif sehingga kini.
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mari sama-sama kita telusuri Sejarah Penubuhan KMKJ.
KMKJ merupakan satu persatuan Badan Kebajikan Kebajikan Anak Negeri yang ditubuhkan dengan membawa objektif yang satu iaitu untuk menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswa Kelantan Jordan.
Nak tahu lebih lanjut? Jom sama-sama kita telusurinya!
Kami dengan berbesar hati mengajak semua untuk terus mengikuti siri-siri berikutnya dan cakna dengan hebahan kami.

[ Lajnah Multimedia KMKJ 2022/2023 ]

"KMKJ Berkhidmat, Ukhuwah Terjalin Erat"
#KMKJ2223
—————————————
Sebarang muhasabah dan aduan boleh salurkan ke pautan berikut :
—————————————







Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, January 3, 2017 | Posted in , , , , , ,

Kalam Pimpinan Ahli Majlis Tertinggi KMKJ Sesi 2016/2017



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبراكاته


 




"Dale belajar ni, takdop benda hok seney. Semua payoh. Tapi ingatlah dua benda ni, kesabaran dan semangat yg tinggi. Kalu ada 2 benda ni insya Allah kito dapat capai gapo yg kita impikan biiznillah
Usaha + Doa + Tawakkal = Berjaya."






"Pemenang bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi pemenang ialah orang yang tidak pernah berputus asa".
Semoga kejayaan milik kita semua.
 
"Kesatuey Di Hati, Kebajikey Dikecapi."


 

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, November 7, 2016 | Posted in , , , , , , ,

 

   KALAM PIMPINAN YANG DIPERTUA (YDP) KMKJ SESI 2016/2017


Assalamualaikum wbt.

Selamat menghadapi imtihan awal kepada semua mahasiswa Jordan khususnya ahli Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan.


"Belajar bukan semata untuk dimuntahkan di atas kertas jawapan, bahkan untuk diterjemahkan melalui amal perbuatan"

-Yang di-Pertua KMKJ 2016/2017-
  

" Kesatuey Di Hati, Kebajikey Dikecapi. "

Video Official KMKJ 2016/2017

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, August 9, 2016 | Posted in , , ,


Tahniah THE RED WARRIORS!!

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, May 24, 2015 | Posted in , ,


Tahniah dan Syabas buat pasukan kesayangan KELANTAN FA a.k.a The Red Warriors Malaysiaselaku Naib Juara Piala FA 2015!!

TRW dah buat yang terbaik tetapi mungkin bukan rezeki kita tahun ini, insyaAllah lain masa kita cuba lagi, TRW tetap dihati!! #GomoKelateGomo#selamanyaTheRedWorriors

"bila kami menang, kami bangga.
bila kami kalah, kami setia.
selamanya The Red Worriors!!"

#UkhuwahKitoJagoKebajikeyKitoCakno
#MembangunMahasiswaMUSLIMKelasPertama

Salam Imtihan Nihaie

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, May 10, 2015 | Posted in , , , ,


assalamua'laikum, selamat imtihan kepada seluruh anak kelantan jordan khususnya dan mahasiswa malaysia jordan amnya. semoga dipermudah segala urusan dan bersemangat menempuh ujian.

"maka apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah" - al imran (159)

#UkhuwahKitoJagoKebajikeyKitoCakno
#BiroPembangunanMahasiswaKMKJ

Tarikh Penting Dalam Islam 2014/1435

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, May 26, 2014 | Posted in


Tarikh - tarikh penting dalam Islam tahun 2014/1435 (Malaysia)

7 Tips Penting Menghadapi Peperiksaan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, May 13, 2013 | Posted in , ,


Salam imtihan akhir buat semua ahli KMKJ,sempena imtihan akhir ini KMKJ ingin berkongsi pada anda semua 7 Tips Penting Menghadapi Peperiksaan. 
 jom sama2 kita baca 7 tips ini : 

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

*Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan dikurniakan kejayaan cemerlang insyaAllah.




Syabas & Tahniah buat Dato' Ahmad Yaakob

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, May 7, 2013 | Posted in , , ,


Assalamualaikum W.B.T 
kami dari warga Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) merakamkan sekalung ucapan syabas & tahniah serta menyokong penuh perlantikan Dato' Ahmad Yaakob sebagai MB kelantan yang baru,serta TIMB dan barisan EXCO kerajaan negeri yang baru,semoga dapat menjalankan tugas ini dengan penuh amanah,dedikasi dan bertanggunjawab serta meneruskan kegemilangan kerajaan kelantan di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Warkah Jumaat E7 - Ihram Simbol Kerendahan Diri Hambanya

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, February 1, 2013 | Posted in , ,



Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
WARKAH JUMAAT EDISI 7

“IHRAM SIMBOL KERENDAHAN DIRI HAMBANYA” 
(1 FEBRUARI 2013 /20 RABIUL AWWAL 1434H)

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana memberi keistimewaan besar pada hari ini dan kita juga dapat melaksanakan ibadah di hari Jumaat yang mulia ini. Manakala bagi saudara kita di tanah suci, semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Sesungguhnya amal ibadah yang dilakukan atas dasar jemaah, menjadi paksi kecintaan umat Islam kepada Allah SWT.

Justeru tidak hairan, perhimpunan yang diadakan pada hari ini telah menarik jutaan manusia dari tanah kelahiran dan rumah mereka untuk datang berbondong-bondong ke Makkah yang aman dan suci. Semua itu adalah bukti keimanan, ketakwaan, ketaatan, keikhlasan dan keteguhan akidah umat Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Bayyinah ayat 5:

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”

Ihram menurut syarak ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditentukan oleh Allah SWT selama memakai ihram itu. Orang yang berihram dikehendaki bermula dari miqat iaitu tempat yang telah ditetapkan untuk memakai ihram. Selain itu syarak menetapkan warna putih sebagai pakaian rasmi bagi ihram. Hal ini tidak menyebabkan sesiapa pun berasa janggal kerana apa yang mereka lakukan adalah perkara yang serupa.
Ihram dalam konteks ibadah yang lebih menyeluruh bermaksud pantang larang yang membuktikan ketaatan seseorang hamba kepada Allah SWT. Demikian juga apabila kita mengucapkan syahadah, maka kita sebenarnya telah berihram. Bermula dari sini segala gerak geri, tuturkata dan niat hanya tertumpu kepada Allah semata-mata. Amalan ini sama juga dengan pekerjaan ihram dalam ibadat haji dan umrah atau takbiratul ihram dalam solat; ada perbuatan-perbuatan tertentu yang dilarang meskipun sebelumnya ia dibenarkan oleh syarak.

Persoalan besar timbul ialah kenapa Allah SWT meletakkan sempadan tertentu sebagai pantang larang bagi umat Islam?. Apa yang jelas, dalam kehidupan manusia kita tidak dibenarkan bebas sesuka hati. Kebebasan yang dianugerahkan oleh Allah bukanlah bersifat mutlak. Oleh itu kita dilarang minum arak, berzina, berjudi, membunuh tanpa hak, derhaka kepada ibu bapa dan sebagainya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 32:

Maksudnya: Demikianlah ajaran Allah; dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia orang yang bertaqwa.”

Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa pantang larang yang ditetapkan oleh Allah SWT sebagai panduan umat Islam. Oleh itu, tugas penting umat Islam adalah memahami dengan bijaksana hakikat haji, solat, zakat dan perintah Allah yang lain. Jangan kita menjadi sombong disebabkan banyaknya melakukan ibadah haji, solat, berpuasa dan sebagainya tetapi kita gagal menjadi umat Islam yang taat.

Ihram haji/umrah mengajar kita mematuhi peraturan dan bersikap insaf diri. Apabila kita insaf dan beramal dengan falsafah ini, maka kita telah sanggup melutut dengan kerendahan batin. Tiada lagi sifat-sifat takabbur di hadapan Allah SWT. Kita sentiasa mengawal diri kita, ahli keluarga kita dan sesama manusia untuk menentukan kecemerlangan agama Islam. Akhirnya kita bersedia menyerahkan diri di bawah tadbir Allah Yang Maha Adil seluruh jiwa raga, segenap perasaan dan semua anggota zahir bergerak ke arah pengabdian yang hakiki kepada Allah tanpa berbelah bahagi.

Hasilnya, sudah pasti seseorang hamba itu akan menjadi hamba yang mukhlis (ikhlas), soleh (baik), siddiq (dipercayai), dan sebagainya. Mereka akan memperolehi keistimewaan yang banyak sama ada di dunia dan di akhirat kelak.

Akhir kalam, ihram haji dan peraturan dalam solat memberi pengajaran bahawa pertama, mematuhi segala pantang larang Allah adalah petunjuk insan soleh yang tunduk secara mutlak kepada-Nya. Kedua, bahawa Islam mengajarkan kesamaan dan tiada perbezaan antara manusia berpangkat besar atau kecil. Dan ketiga, bersiap sedia menerima pembalasan yang lebih adil di hari akhirat.

Ø£َعُوذُ بِاللهِ Ù…ِÙ†َ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
Maksudnya: “Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan tersembunyi. Sesungguhnya orang yang melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan”. (Surah al-An’aam:120)


Disediakan oleh : Biro Pembangunan Minda & Rohani KMKJ 2012/2013

Warkah Jumaat E6 - Rasulullah SAW Kekasih Allah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, January 25, 2013 | Posted in , ,




Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
WARKAH JUMAAT EDISI 6

“RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH”
(25 JANUARI 2013 / 13 RABIUL AWWAL 1434H)


Semalam pada 12 Rabiul Awal setiap tahun adalah hari sambutan Maulidur Rasul yang menjadi salah satu hari kebesaran Islam yang disambut meriah di seluruh dunia. Walaupun Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita, namun kekasih Allah ini tetap berada di dalam sanubari dan hati umatnya sekiranya kita seorang  hamba yang beriman. Baginda SAW  telah membawa kepada kita risalah Allah dengan dua cara. Pertama, menyampaikan perintah dan panduan Allah SWT melalui wahyu Qur’ani; dan Kedua, menghidupkan wahyu-wahyu Allah dengan sempurna melalui perbuatan, perkataan dan pengakuannya atau apa yang dinamakan sebagai sunnah nabawiyah. Kemuliaan akhlak Rasulullah SAW sebagaimana yang dicerminkan di dalam al-Quran, wajib diambil tauladan secara mutlak dan di taati oleh manusia sepanjang kehidupan ini. Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taghaabun, ayat 12:




Maksudnya:“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas nyata.”



Bukti penegasan ‘taat kepada Rasulullah’ ini terdapat di dalam kalimah Lailahaillaah dan Muhammadur Rasulullah yang menunjukkan bahawa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW  adalah Tuhan dan Nabi kita. Penggunaan kalimah La adalah suatu bentuk perakuan kewujudan tuhan yang dinamakan Allah dan menafikan tuhan-tuhan selain-Nya. Dengan itu, seluruh umat Islam wajib bersatu dan menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT. Ini merupakan syarat mutlak sahnya kepercayaan kita terhadap adanya Tuhan dalam Islam selain mengarah kepada meng-Esakan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

 



Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.
 

Yakin dan percayalah, antara agenda yang diberi keutamaan dalam misi Rasulullah SAW menyebarkan Islam ialah dengan memperkasakan akidah ummah. Umat Islam diikat dengan erat melalui konsep tauhid, kiblat yang satu, kitab yang satu, pemimpin yang satu. Namun dalam pada itu, Baginda juga sentiasa diterjah dengan berbagai ancaman musuh Islam yang didalangi oleh orang-orang Yahudi untuk mengkucar-kacirkan pegangan dan fahaman umat Islam. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan, diantaranya menggunakan isu agama sebagai alat untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menghasut sesetengah umat Islam yang lemah imannya dan hilang intergriti untuk melanggari ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mereka juga memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa. 


Oleh itu, tidak menghairankan ada di kalangan umat Islam pada hari ini yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetapi pada masa sama telah mentafsir Islam mengikut hawa nafsu. Mereka sanggup melakukan tindak-tanduk mengikut kemahuan sendiri dan akhirnya perbuatan tersebut kelihatan janggal, pelik di khalayak ramai. Besarnya pengaruh nafsu dan peranan syaitan dalam kehidupan ini terbukti apabila mereka tanpa segan silu mengutamakan kepentingan diri, mengutamakan kebendaan walaupun nyata bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.


Sedarlah, inilah masanya untuk umat Islam bersatu bagi memelihara kesucian agama Islam dan mempertahankan akidah umat Islam.


Yakinlah, di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Dalam hal ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh. Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Saya  ingin mengingatkan salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam bagi memastikan kedaulatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 41:




Yang bermaksud:Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.


Mengakhiri warkah jumaat pada hari ini, bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul, marilah sama sama kita menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan dalam melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Marilah sama sama kita mempertahankan dengan segala upaya kemuliaan Rasulullah SAW dari sebarang penghinaan, memberikan penghormatan sewajarnya kepada Rasulullah SAW dalam tindak tanduk kita seharian dan mencontohi akhlak, keperibadian dan teladan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW  dalam setiap tindakan.


Untuk itu sama sama kita hayati dan renung-renungkan Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 31:


Maksudnya: Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Disediakan oleh : Biro Pembangunan Minda & Rohani KMKJ 2012/2013


Warkah Jumaat Edisi 5 - Menjadi Tetamu Allah pada Hari Jumaat

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, January 18, 2013 | Posted in , ,


Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
WARKAH JUMAAT EDISI 5

“MENJADI TETAMU ALLAH PADA HARI JUMAAT”
(18 JANUARI 2013 / 6 RABI AL-AWWAL 1434H)

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut juga sayyidul aiyyam kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaannya di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam hari tersebut adalah yang amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari. Berdasarkan penjelasan hadith-hadith, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari Jumaatlah Allah SWT telah mencipta  Nabi Adam AS, hari Kiamat akan berlaku dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga. Manakala para malaikat pula menamakan hari Jumaat itu sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu-pintu rahmat dibuka di mana Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya dan menabur segala kebaikan-Nya.

Hakikatnya menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat  yang istimewa kerana memberi peluang kepada kita untuk menilai prestasi tahap ketakwaan, membersihkan segala dosa yang dibuat secara sedar atau tidak dalam seminggu ini. Kita perlu sedar dan insaf bahawa walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang-orang yang melakukan perbuatan berdosa seperti rasuah, menzalimi manusia, menganiayai manusia, memfitnah manusia, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat yang kotor dan diselaputi dengan najis. Malah apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa, tidak sempat bertaubat dan mati dalam keadaan kufur.

Oleh itu insaflah dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat yang bernajis atau kotor itu, maka salah satu caranya ialah kita mesti meninggalkan, menjauhi tempat yang bernajis dan mestilah mencari tempat yang suci iaitu sentiasa menjadi tetamu Allah SWT khususnya di masjid serta berdamping atau bersahabat dengan orang-orang soleh. Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardhu Jumaat. Firman Allah dalam surah al-Jumaah ayat 9:


Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ”.

Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di atas rumah Allah mampu membaiki keimanan dan meningkatkan persaudaraan sesama muslim dan perpaduan ummah. Dalam peluang inilah umat Islam berkesempatan membincangkan isu-isu yang dihadapi dalam mencari kata sepakat. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur yang dibenarkan syarak maka mereka ini dikira sebagai orang yang lalai. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “ Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.(Riwayat al-Nasa’ie)

Apa yang dimaksudkan uzur syarak  ialah seperti hujan lebat, sakit, menjaga orang sakit, ancaman keselamatan dan uzur-uzur yang lain. Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab  Ihya Ulumudin: pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan. Saat yang mulia itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, maka Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur. Manakala amalan-amalan sunat pada hari Jumaat seperti bangun pada malamnya untuk melakukan qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk sebagaimana hadith Rasulullah SAW:

Bermaksud: Barangsiapa yang membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat nascaya Allah akan menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat”.(Riwayat al-Bukhari)

Pada pagi Jumaat disunatkan bagi kita membersihkan diri dengan melakukan mandi sunat, bersiwak, memakai pakaian yang baru dan wangian. Kita juga digalakkan  memperbanyakkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW pada sepanjang hari tersebut. Kita hendaklah bersegera ke masjid atau sekurang-kurangnya sebelum tergelincir matahari atau sebelum masuk waktu zohor. Di sunatkan kita berjalan kaki ke masjid dan setiap langkah itu dikira sebagai penghapus dosa. Mereka yang datang paling awal ke masjid akan mendapat pahala yang besar digambarkan seperti mendapat seekor unta. Ketika memasuki masjid hendaklah melakukan sembahyang dua rakaat walaupun ketika itu Imam sedang berkhutbah. Di waktu Imam berkhutbah hendaklah kita memasang telinga  mendengar segala yang disampaikan dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh khatib. Hadith Rasulullah SAW:

Bermaksud: Barangsiapa  yang  berwuduk dengan sempurna kemudian ia pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat dalam keadaan diam dan memberi  perhatian sepenuhnya terhadap khutbah yang di sampaikan, maka di ampunkan dosanya pada hari tersebut dan antara Jumaat yang akan datang”.(Riwayat Muslim)

Hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini,  marilah kita menjadikan dan membudayakan bersama keluarga dan anak-anak kita dengan memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari, mudah-mudahan dengan cara ini ianya mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak-anak kita. Ini adalah amalan para nabi, wali-wali dan orang soleh. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian kita oleh kerana kesibukan urusan dunia dan pengaruh sosial, kadangkala menyebabkan kita lupa tentang kemuliaan hari Jumaat. Malah apa yang menyedihkan kita ialah terdapat di kalangan umat Islam menjalankan  pula aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.

Akhir kalam marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Jumaah ayat 10:


Bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.”.(Surah al-Jumaat ayat 10)

Disediakan oleh : Biro Pembangunan Minda & Rohani KMKJ 2012/2013





Tv Kmkj

    Blog Archive